Monday, April 4, 2011

MARUAH ISLAM TETAP TERPELIHARA

Khubaib bin Adi dan lima orang sahabatnya telah diarahkan oleh Rasulullah SAW menyampaikan dakwah kepada kaum Badwi. Ini adalah permintaan daripada suku Huzail sendiri. Malangnya ini adalah satu perangkap yang telah dirancang untuk menangkap Khubaib bersama sahabat-sahabatnya.

Kemudia Khubaib dijual kepada kaum Quraisy di Mekah. Di bawah pimpinan Abu Sufyan, mereka bersetuju untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Khubaib.

Khubaib telah diberitahu tentang hukuman yang akan diterimanya. Ini bertujuan supaya dia merayu agar diselamatkan dari hukuman tersebut. Kemudian rancangan orang-orang kafir Quraisy seterusnya ialah untuk menyebarkan berita itu kepada seluruh masyarakat Arab. Hal ini diharapkan akan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW pada pandangan masyarakat.

Namun usaha orang-orang Musyrik telah gagal. Khubaib tidak membuat rayuan dan tidak takut untuk menjalani hukuman itu. Dia tetap bersedia untuk menghadapi hukuman yang akan dijalankan ke atasnya.

Sebelum tiba hari hukuman dijatuhkan, beberapa orang Quraisy telah datang ke tempat Khubaib dikurung iaitu di rumah Uqbah bin Harith. Mereka berusaha memujuknya kembali kepada agama asal.

Walaupun dipujuk beberapa kali supaya murtad terhadap agama Islam, namun Khubaib tetap enggan. Imannya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sungguh teguh. Maka dia terpaksa menjalani hukuman yang telah ditetapkan.

Sebelum pergi, dia terlebih dahulu meminta untuk bercukur. Isteri Uqbah memberikannya sebilah pisau yang tajam tanpa merasa bimbang. Ini disebabkan Khubaib telah diikat dan tidak mungkin dia akan berbuat sesuatu di luar jangkaan.

Tangan kanan Khubaib dibiarkan tidak berikat. Ini untuk memudahkannya makan dan bersuci tanpa bantuan orang lain. Oleh itu Khubaib dapat bercukur dengan mudah.

Anak Uqbah yang masih kecil dan baru pandai berjalan berada berhampirannya. Anak kecil itu memang biasa dengan Khubaib yang telah dikurung di situ. Anak itu menghampiri Khubaib dan terus naik ke ribanya.

Isteri Uqbah yang melihat keadaan itu merasa cemas. Dia bimbang Khubaib akan mengambil kesempatan ke atas anaknya. Dengan ketakutan, dia merayu kepada Khubaib supaya tidak mengapa-apakan anaknya.

No comments:

Post a Comment