Saturday, April 9, 2011

RASUAH BERLELUASA

Daripada Muazd bin Jabal r.a berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya”.

Hadis Riwayat At Tabrani & Abu Nuaim

KETERANGAN :

Di akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi di kalangan masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan rakus. Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan terhadap lapisan yang memerlukannya.



Bila harta jadi idaman,

Wang dianggap sebagai Tuhan,

Hilanglah malu dan rasa segan,

Meminta rasuah jadi amalan.



Ketika itu runtuhlah akhlak,

Usah tanyakan rakus dan tamak,

Cantas mencantas, salak menyalak,

Bagaikan anjing di dalam semak.

No comments:

Post a Comment