“Mahukah engkau aku tunjukkan seorang wanita ahli syurga?”
Atha menjawab, “Ya, siapakah perempuan itu?”
Ibnu Abbas berkata lagi, “Wanita itu telah bertemu Rasulullah SAW dan mengatakan bahawa dirinya telah dirasuk.”
Rasulullah SAW bersabda kepada wanita itu :
“Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu. Sekiranya engkau tidak tahan dan tidak dapat bersabar, aku akan mendoakan supaya engkau pulih kembali.”
Jawab wanita itu, “Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga).”
Wanita itu memilih untuk bersabar dalam menanggung penderitaan untuk memudahkan dia ke syurga. Namun sekiranya kita tidak kuat menghadapi apa sahaja musibah, maka hendaklah berusaha mengatasinya di samping berdoa.
No comments:
Post a Comment