Tuesday, March 8, 2011

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang terdahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit umat-umat terdahulu itu wahai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah : 1) Terlalu banyak seronok, 2) Terlalu mewah, 3) Menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) Tipu menipu dalam merebut harta dunia, 5) Saling memarahi, 6) Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”.

Hadis Riwayat Hakim

KETERANGAN :

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu telah banyak kita lihat menimpa kaum Muslimin hari ini. Di sana sini kita lihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan mengumpul harta benda dengan sebanyak-banyaknya bagi memuaskan hawa nafsu. Apabila hawa nafsu diperturutkan maka tentunya mereka terpaksa menggunakan apa sahaja cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak. Yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut menghasut dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud Hadis ini dan marilah kita bermuhasabah!



Umat dahulu banyak penyakit,

Kerana mewah banyak berduit,

Harta ditimbun berderet-deret,

Akhirnya hidup himpit menghimpit.



Usah ikuti jalan mereka,

Jika kita mahu bahagia,

Biarlah hidup berpada-pada,

Dunia ini menuju fana

No comments:

Post a Comment